Tuesday 7 August 2012

INTERVIEW...

Jusoh telah diamanahkan supaya memilih dari calon2 yg memohon utk mengisi jawatan yg telah ditawarkan. Setelah menyusun dan mencari dari biodata2 yg diterima, dia dapati ada 4 pemohon lelaki yg sama dari segala segi kelayakan mereka. Jusoh kemudiannya memutuskan utk memanggil kesemua 4 pemohon tersebut utk bersemuka. Dia merancang utk menanya satu soalan yg akan menentukan siapa sebenarnya yg lebih layak utk jawatan tersebut. Harinya pun tiba. Sebaik saja keempat-empat lelaki tersebut mengambil tempat duduk masing2 dlm bilik temuduga, Jusoh terus bertanya,

"Beritahu saya, apakah perkara yg paling cepat sekali berlakunya?" sambil menunding jarinya kepada lelaki yg pertama.
"Fikir. Ia muncul tiba-tiba dalam kepala. Tiada amaran awal tentang kehadirannya. Fikir adalah kejadian yang paling pantas yg saya tau". Lelaki pertama dgn penuh keyakinan menjawab.
"Itu sudah bagus!" Jawab Jusoh.
"Apa pendapat awak pula?" dia bertanya pada lelaki yg kedua.
"Hmm... ok... Kelip Mata! Ia berlaku tanpa kita sedar pun. Itulah yg terpantas sekali berlakunya".
"Tepat!, Sekelip Mata.. selalu digunakan utk menyatakan kecepatan pergerakan sesuatu" sambut Jusoh. Dia kemudiannya berpaling kpd lelaki ketiga yg terus memberikan jawapannya.
"Apabila suiz lampu di'ON' kita akandapati lampu segera mengeluarkan cahayanya tanpa lengah walau edetikpun. Pergerakan cahaya itulah yg tercepat dan terpantas yg saya tahu".

Jusoh amat terpikat dgn jawapan yg diberikan, dalam fikirannya tertera inilah org yg dia cari. Walaubagaimanapun, dia berpaling kepada lelaki keempat lalu mengajukan soalan yang sama.

"Setelah mendengar ketiga2 jawapan tadi, nyatalah kpd saya iaitu perkara yg paling pantas sekali berlakunya adalah 'berak cair”.
"APA?!" Terperanjat Jusoh dgn jawapan yg diberikan.
"Oh biar saya jelaskan" kata lelaki keempat itu,
"ceritanya begini, suatu hari saya merasa kurang selesa lalu saya terus berlari ke tandas. Tapi, sebelum sempat saya berfikir, belum sempat saya berkelip mata pun dan belum sempat saya 'ON' suis lampu tandas tu, saya sudah terberak cair dalam seluar saya."

No comments:

Post a Comment