Tuesday 7 August 2012

SENYUM SEKETIKA.... JANGAN TENSION-TENSION...

SAPE HEBAT
Man     : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali       : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man     : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali       : Tukang gunting rambut.

KELAS BI
Ayah   : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak   : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
 basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Ali tulis "Saya tak  tahu" dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa ...?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa....
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

p/s
Mulai hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2.

AKIBAT AMARAH

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" Tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata
"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita”.

Maafkan saya sekiranya saya pernah
meninggalkan kesan berlubang di dinding
hati anda.....

INTERVIEW...

Jusoh telah diamanahkan supaya memilih dari calon2 yg memohon utk mengisi jawatan yg telah ditawarkan. Setelah menyusun dan mencari dari biodata2 yg diterima, dia dapati ada 4 pemohon lelaki yg sama dari segala segi kelayakan mereka. Jusoh kemudiannya memutuskan utk memanggil kesemua 4 pemohon tersebut utk bersemuka. Dia merancang utk menanya satu soalan yg akan menentukan siapa sebenarnya yg lebih layak utk jawatan tersebut. Harinya pun tiba. Sebaik saja keempat-empat lelaki tersebut mengambil tempat duduk masing2 dlm bilik temuduga, Jusoh terus bertanya,

"Beritahu saya, apakah perkara yg paling cepat sekali berlakunya?" sambil menunding jarinya kepada lelaki yg pertama.
"Fikir. Ia muncul tiba-tiba dalam kepala. Tiada amaran awal tentang kehadirannya. Fikir adalah kejadian yang paling pantas yg saya tau". Lelaki pertama dgn penuh keyakinan menjawab.
"Itu sudah bagus!" Jawab Jusoh.
"Apa pendapat awak pula?" dia bertanya pada lelaki yg kedua.
"Hmm... ok... Kelip Mata! Ia berlaku tanpa kita sedar pun. Itulah yg terpantas sekali berlakunya".
"Tepat!, Sekelip Mata.. selalu digunakan utk menyatakan kecepatan pergerakan sesuatu" sambut Jusoh. Dia kemudiannya berpaling kpd lelaki ketiga yg terus memberikan jawapannya.
"Apabila suiz lampu di'ON' kita akandapati lampu segera mengeluarkan cahayanya tanpa lengah walau edetikpun. Pergerakan cahaya itulah yg tercepat dan terpantas yg saya tahu".

Jusoh amat terpikat dgn jawapan yg diberikan, dalam fikirannya tertera inilah org yg dia cari. Walaubagaimanapun, dia berpaling kepada lelaki keempat lalu mengajukan soalan yang sama.

"Setelah mendengar ketiga2 jawapan tadi, nyatalah kpd saya iaitu perkara yg paling pantas sekali berlakunya adalah 'berak cair”.
"APA?!" Terperanjat Jusoh dgn jawapan yg diberikan.
"Oh biar saya jelaskan" kata lelaki keempat itu,
"ceritanya begini, suatu hari saya merasa kurang selesa lalu saya terus berlari ke tandas. Tapi, sebelum sempat saya berfikir, belum sempat saya berkelip mata pun dan belum sempat saya 'ON' suis lampu tandas tu, saya sudah terberak cair dalam seluar saya."

PENING TAK

Kisah benar... .bacelahh sampai habisss....

Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah. Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya. Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul adalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi. Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli, Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri...

p/s: muahahahahahahahhahaha... .isk isk isk...
nennooo... nennooo..neenooo..nenoooo.. phewiiittttt
kebabooooooooooo.. aku pening...
aku sindirik naik fening menterjemahkan semua nih..
bengang sehhh...

LIHAT KAU TERSENYUM

Ya Allah... Sungguh aku ingin sekali melihat Ibuku tersenyum dan tertawa bahagia, karena diriku... Sekali saja...

karena...
Saat ia telah mengandungku... Ia menangis..
Saat ia kesakitan melahirkanku... Ia menangis...
Saat ia lega aku lahir ke dunia... Ia menangis...
Saat aku bisa bicara, berjalan, dan mulai nakal... Ia menangis...
Saat aku mulai sekolah dan jatuh dari sepeda... Ia menangis...
Saat aku remaja dan mulai membantah perintahnya... Ia menangis...
Saat aku kuliah ke luar kota... Ia menangis...
Saat aku nanti dewasa dan bekerja... Ia menangis...
Saat aku nanti menikah dan punya anak... Ia menangis...
Jika Allah "menjemputku" terlebih dahulu... Ia menangis..
Saat apa pun dalam kehidupanku... Ibuku selalu menangis...

Duhai ibu... Dengan cara apa aku bisa mendapatkan senyumanmu yang lebih indah dari senyum bidadari surga...?

CINTA DAN SUKA

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta
Tetapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira

Perasaan cinta bermula dari kata
Perasaan suka bermula dari telinga
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

TULANG RUSUKKU

WANITA        :           Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI         :           Kamu!!!
WANITA        :           Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI         :           (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku! Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak

"Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak
"Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!" Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing". Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI         :           Apa khabar?
WANITA        :           Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI         :           Belum.
WANITA        :           Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya  akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
"Selamat tinggal..." Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan. Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat....

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah di ucapkan………….