Tuesday 7 August 2012

HAKIKAT KEHIDUPAN

Kehidupan seseorang manusia sering didatangi dengan pelbagai dugaan. Kehilangan orang tersayang, Kebahagiaan hidup yang hilang, kesakitan, kesedihan. Seringkali kita menyalahkan takdir dan diri kita sendiri atas apa yang terjadi. Memang, kadangkala kita lupa dugaan itu adalah salah satu penyeri kehidupan kita. Kenapa?

Sebab, tanpa masalah dan dugaan, kita tak mungkin dapat menikmati kemanisan dalam kehidupan kita. Tanpa adanya masalah, kita tak kan tahu sama ada tindakan yang kita lakukan itu baik atau sebaliknya dan kita takkan menghargai kebahagiaan yang pernah kita ada selagi kita tak hadapi masalah dalam hidup. Masalah sentiasa datang dan pergi. Yakinlah, dugaan yang datang dalam hidup kita menandakan Allah masih sayangkan kita.


Namun, ramai yang menganggap masalah itu membebankan. Sehinggakan ramai yang mengambil jalan singkat apabila berasakan masalah itu tak mampu mereka hadapi dan atasi. Sehinggakan ramai yang mengambil jalan mudah dengan melarikan diri dari masalah dan lebih teruk lagi mereka sanggup membunuh diri. Jangan mudah lemah semangat dan putus asa apabila kita dalam situasi ini. Yang penting kita harus redha dengan apa yang terjadi. Tenangkan fikiran, luahkan masalah dan kemudian baru fikirkan penyelesaian.


Sebelum kita mengambil sesuatu tindakan, fikirlah apa kesannya kepada diri kita, ibu ayah kita dan masyarakat sekeliling kita. Jangan anggap diri tak dihargai oleh sesiapa. Yakinlah bahawa sebanyak mana kasih sayang dalam diri kita, sebanyak itu jugalah kasih sayang dalam diri orang lain yang ada untuk kita. Malah lebih dari itu. Ingatla bahawa kehidupan kita terlalu singkat untuk kita meratapi sebuah penyesalan. Tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan. Cuma ia memerlukan masa dan tindakan sewajarnya dari insan bergelar manusia.

TENANGKAN PERASAAN, KUATKAN SEMANGAT DAN TABAHKAN HATI. Jangan mudah menyerah kalah. Masalah akan sentiasa ada dalam hidup kita selagi kita hidup. Itulah hakikat kehidupan.

No comments:

Post a Comment