Tuesday 7 August 2012

SENYUM SEKETIKA.... JANGAN TENSION-TENSION...

SAPE HEBAT
Man     : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali       : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man     : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali       : Tukang gunting rambut.

KELAS BI
Ayah   : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak   : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
 basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Ali tulis "Saya tak  tahu" dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa ...?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa....
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

p/s
Mulai hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2.

AKIBAT AMARAH

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" Tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata
"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita”.

Maafkan saya sekiranya saya pernah
meninggalkan kesan berlubang di dinding
hati anda.....

INTERVIEW...

Jusoh telah diamanahkan supaya memilih dari calon2 yg memohon utk mengisi jawatan yg telah ditawarkan. Setelah menyusun dan mencari dari biodata2 yg diterima, dia dapati ada 4 pemohon lelaki yg sama dari segala segi kelayakan mereka. Jusoh kemudiannya memutuskan utk memanggil kesemua 4 pemohon tersebut utk bersemuka. Dia merancang utk menanya satu soalan yg akan menentukan siapa sebenarnya yg lebih layak utk jawatan tersebut. Harinya pun tiba. Sebaik saja keempat-empat lelaki tersebut mengambil tempat duduk masing2 dlm bilik temuduga, Jusoh terus bertanya,

"Beritahu saya, apakah perkara yg paling cepat sekali berlakunya?" sambil menunding jarinya kepada lelaki yg pertama.
"Fikir. Ia muncul tiba-tiba dalam kepala. Tiada amaran awal tentang kehadirannya. Fikir adalah kejadian yang paling pantas yg saya tau". Lelaki pertama dgn penuh keyakinan menjawab.
"Itu sudah bagus!" Jawab Jusoh.
"Apa pendapat awak pula?" dia bertanya pada lelaki yg kedua.
"Hmm... ok... Kelip Mata! Ia berlaku tanpa kita sedar pun. Itulah yg terpantas sekali berlakunya".
"Tepat!, Sekelip Mata.. selalu digunakan utk menyatakan kecepatan pergerakan sesuatu" sambut Jusoh. Dia kemudiannya berpaling kpd lelaki ketiga yg terus memberikan jawapannya.
"Apabila suiz lampu di'ON' kita akandapati lampu segera mengeluarkan cahayanya tanpa lengah walau edetikpun. Pergerakan cahaya itulah yg tercepat dan terpantas yg saya tahu".

Jusoh amat terpikat dgn jawapan yg diberikan, dalam fikirannya tertera inilah org yg dia cari. Walaubagaimanapun, dia berpaling kepada lelaki keempat lalu mengajukan soalan yang sama.

"Setelah mendengar ketiga2 jawapan tadi, nyatalah kpd saya iaitu perkara yg paling pantas sekali berlakunya adalah 'berak cair”.
"APA?!" Terperanjat Jusoh dgn jawapan yg diberikan.
"Oh biar saya jelaskan" kata lelaki keempat itu,
"ceritanya begini, suatu hari saya merasa kurang selesa lalu saya terus berlari ke tandas. Tapi, sebelum sempat saya berfikir, belum sempat saya berkelip mata pun dan belum sempat saya 'ON' suis lampu tandas tu, saya sudah terberak cair dalam seluar saya."

PENING TAK

Kisah benar... .bacelahh sampai habisss....

Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah. Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya. Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul adalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi. Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli, Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri...

p/s: muahahahahahahahhahaha... .isk isk isk...
nennooo... nennooo..neenooo..nenoooo.. phewiiittttt
kebabooooooooooo.. aku pening...
aku sindirik naik fening menterjemahkan semua nih..
bengang sehhh...

LIHAT KAU TERSENYUM

Ya Allah... Sungguh aku ingin sekali melihat Ibuku tersenyum dan tertawa bahagia, karena diriku... Sekali saja...

karena...
Saat ia telah mengandungku... Ia menangis..
Saat ia kesakitan melahirkanku... Ia menangis...
Saat ia lega aku lahir ke dunia... Ia menangis...
Saat aku bisa bicara, berjalan, dan mulai nakal... Ia menangis...
Saat aku mulai sekolah dan jatuh dari sepeda... Ia menangis...
Saat aku remaja dan mulai membantah perintahnya... Ia menangis...
Saat aku kuliah ke luar kota... Ia menangis...
Saat aku nanti dewasa dan bekerja... Ia menangis...
Saat aku nanti menikah dan punya anak... Ia menangis...
Jika Allah "menjemputku" terlebih dahulu... Ia menangis..
Saat apa pun dalam kehidupanku... Ibuku selalu menangis...

Duhai ibu... Dengan cara apa aku bisa mendapatkan senyumanmu yang lebih indah dari senyum bidadari surga...?

CINTA DAN SUKA

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta
Tetapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira

Perasaan cinta bermula dari kata
Perasaan suka bermula dari telinga
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

TULANG RUSUKKU

WANITA        :           Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI         :           Kamu!!!
WANITA        :           Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI         :           (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku! Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak

"Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak
"Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!" Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing". Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI         :           Apa khabar?
WANITA        :           Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI         :           Belum.
WANITA        :           Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya  akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
"Selamat tinggal..." Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan. Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat....

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah di ucapkan………….

PINGGAN UNTUK AYAH

Seorang lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur.

Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya. Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut.

Prannnnngggggg ... !! Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah. Dia bangun,cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula.

"Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik.

Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan. Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya.

Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik:"Miah... buruk benar layanan anak kita pada abang."
Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu. Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu.

"Oh! Ya..." bisiknya.Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.

"Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya.

Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum. Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisinya.

"Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor.

"Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva.

Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah! Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah.

"Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada ayahnya selepas makan.

Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.

~Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita. Ibu bapa kita hanya satu, perginya tidak akan ada pengganti. Jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung b

HAHAHA...

Seorang suami tua menyuruh isterinya yang juga tua pergi ke dapur.

Suami: Buatkan kopi untuk aku.

Isterinya bangun dan menuju ke dapur.

Suami: Nanti dulu. Ambil kertas dan pensil. Tulis 'kopi'. Aku bimbang kamu lupa nanti.

Isteri: Tak, aku tak akan lupa.

Beberapa minit kemudian isteri datang membawa secawan teh.

Suami: (Melihat teh) Aku dah kata, kamu memang pelupa.

Isteri: Abang minta saya buat apa tadi?

Suami: (Bersuara kuat) Aku kata milo!

KUWANG ASAM

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga. Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenaraipendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat. Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, Sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik mendengar Jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon Terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.  
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak. Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.
"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi. Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,
"Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana". Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!"

ITU CINTA…

Senyum, janganlah tension-tension.

SAPE HEBAT
Man     : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali       : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man     : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali       : Tukang gunting rambut.

KELAS BI
Ayah   : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak   : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat                                                             bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer,
 bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
 basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Ali tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa ...?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa....
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

p/s
Mulai hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2.

HAKIKAT KEHIDUPAN

Kehidupan seseorang manusia sering didatangi dengan pelbagai dugaan. Kehilangan orang tersayang, Kebahagiaan hidup yang hilang, kesakitan, kesedihan. Seringkali kita menyalahkan takdir dan diri kita sendiri atas apa yang terjadi. Memang, kadangkala kita lupa dugaan itu adalah salah satu penyeri kehidupan kita. Kenapa?

Sebab, tanpa masalah dan dugaan, kita tak mungkin dapat menikmati kemanisan dalam kehidupan kita. Tanpa adanya masalah, kita tak kan tahu sama ada tindakan yang kita lakukan itu baik atau sebaliknya dan kita takkan menghargai kebahagiaan yang pernah kita ada selagi kita tak hadapi masalah dalam hidup. Masalah sentiasa datang dan pergi. Yakinlah, dugaan yang datang dalam hidup kita menandakan Allah masih sayangkan kita.


Namun, ramai yang menganggap masalah itu membebankan. Sehinggakan ramai yang mengambil jalan singkat apabila berasakan masalah itu tak mampu mereka hadapi dan atasi. Sehinggakan ramai yang mengambil jalan mudah dengan melarikan diri dari masalah dan lebih teruk lagi mereka sanggup membunuh diri. Jangan mudah lemah semangat dan putus asa apabila kita dalam situasi ini. Yang penting kita harus redha dengan apa yang terjadi. Tenangkan fikiran, luahkan masalah dan kemudian baru fikirkan penyelesaian.


Sebelum kita mengambil sesuatu tindakan, fikirlah apa kesannya kepada diri kita, ibu ayah kita dan masyarakat sekeliling kita. Jangan anggap diri tak dihargai oleh sesiapa. Yakinlah bahawa sebanyak mana kasih sayang dalam diri kita, sebanyak itu jugalah kasih sayang dalam diri orang lain yang ada untuk kita. Malah lebih dari itu. Ingatla bahawa kehidupan kita terlalu singkat untuk kita meratapi sebuah penyesalan. Tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan. Cuma ia memerlukan masa dan tindakan sewajarnya dari insan bergelar manusia.

TENANGKAN PERASAAN, KUATKAN SEMANGAT DAN TABAHKAN HATI. Jangan mudah menyerah kalah. Masalah akan sentiasa ada dalam hidup kita selagi kita hidup. Itulah hakikat kehidupan.

BERSYUKURLAH

Bersyukurlah Dengan Rezeki yang telah dikurniakan kepada kita……


Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun.
"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je mak cik, puasa ke tidak. Kami ni makan sekali je sehari..."Jawabnya. Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi,
"Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".
Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan disimpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan 10 kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit
"Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!" Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.

Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar. Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.
"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah mak cik.." Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.

Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
"Upah menoreh berapa makcik dapat?" Aku bertanya lagi
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."
Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah. Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalaupun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah
dari kita. Mudah-mudahan menjadi tauladan bagi kita dan hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang ada pada kita. Kalau hidup kita susah, hidup orang l